NADI X Mahir Foto SLS - Kamera Jadi Duit: TikTok Affiliate Edition
5 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 4 Jun 2026, telah berlangsung program NADI X Mahir Foto SLS bertajuk “Kamera Jadi Duit: TikTok Affiliate Edition”. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menggunakan kemahiran fotografi dan video untuk menjana pendapatan melalui platform TikTok, khususnya melalui program affiliate.
Peserta diperkenalkan kepada teknik asas menghasilkan kandungan visual yang menarik, strategi pemasaran melalui media sosial, serta cara memanfaatkan algoritma TikTok untuk meningkatkan capaian. Penekanan turut diberikan kepada kreativiti, konsistensi, dan kepentingan membina jenama peribadi dalam dunia digital.
Program ini diharap dapat membantu peserta memahami potensi kamera sebagai sumber pendapatan serta menggalakkan mereka meneroka peluang baharu dalam ekonomi kreatif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: